PENGENALAN



PENGENALAN

Assalamualaikum w.b.t

ICT in education is the key to unlocking the skills and knowledge of our future generations of young people. It is the tool for learning for the 21st century.
                                                                                                                              -Kate McKenzie-


       ICT adalah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan pula bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran, dan pembelajaran (pdp) serta pendidikan sepanjang hayat. 

             Pelajar-pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu yang merupakan bakal pendidik harus didedahkan secara optimum dengan penggunaan ICT. Langkah ini perlu bagi meningkatkan kualiti pedidikan dan melahirkan generasi berilmu serta berupaya menyumbang ke arah pembangunan negara. Penguasaan kemahiran ICT sangat penting bagi melahirkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik dan berdaya saing.  
            
            Penubuhan Kelab ICT IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka diharapkan mampu memberi sumbangan ke arah melahirkan guru pelatih yang kompeten dan berjiwa pendidik selaras dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Kelab ini merupakan kelab yang pertama kali ditubuhkan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka di mana pelbagai perkhidmatan dan kemahiran dapat diperoleh bagi meningkatkan ilmu pengetahuan guru pelatih dalan bidang ICT di kampus ini. Kelab ICT ini mampu memberikan pendedahan dan sebagai tempat rujukan mengenai pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan mempelajari pelbagai perisian komputer. 





OBJEKTIF

  1. Memperkukuh tahap literasi ICT guru pelatih.
  2. Mempertingkat kesedaran dan pemahaman guru pelatih tentang kepentingan teknologi maklumat.
  3. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pengintegrasian ICT dalam pdp.
  4. Melatih guru pelatih menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah/kuliah untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.
  5. Memupuk semangat bekerjasama, bertimbang rasa, bertoleransi, menghargai kemampuan dan pandangan orang lain serta menghormati antara satu sama. 
  6. Memberi pendedahan awal dalam pengurusan dan pentadbiran makmal komputer di sekolah yang dapat digunakan pada masa akan datang.
  7. Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kelab




No comments:

Post a Comment